Tiket Borneo Jazz Festival mula dijual

Spread the love

KUCHING, 27 Mei : Penjualan tiket acara Borneo Jazz Festival 2022 kini mula dibuka di laman web rasmi jazzborneo.com.

Bertemakan Jazz in The Jungle, edisi ke-17 akan diadakan bermula 24 hingga 26 Jun depan secara hibrid.

Konsert fizikal pula berlangsung di Coco Cabana, Miri untuk memberi peluang kepada pencinta jazz di seluruh dunia menikmati persembahan memukau yang bakal ditampilkan.

Borneo Jazz Festival akan disertai oleh komuniti antarabangsa yang merangkumi artis jazz, penyanyi rap dan DJ dari Perancis, Switzerland, Jerman, Itali, Hungary, Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Korea, China selain nama besar dalam muzik jazz Malaysia.

Pencinta muzik boleh menantikan persembahan daripada DJ Estephe, Alemay Fernandez, Richard Jackson, Masia One, Afro Asia, Asiabeat, Steve Thornton, Matti Klein Soul Trio, Bunga dan banyak lagi.

Bagi mereka yang ingin menikmati Bornoe Jazz secara maya, tiket berharga RM25 setiap blok tontonan selama satu jam turut dijual.

Kepada  yang bercadang untuk menghadiri konsert fizikal pula, anda boleh membeli tiket di laman yang tertera di atas. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *