Pandemik Covid-19 menyatukan rakyat Sarawak

Spread the love

KUCHING, 31 Ogos : Pandemik COVID-19 telah mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang apabila masing – masing bersatu hati untuk membantu golongan yang memerlukan.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata , semangat bersatu hati itu melibatkan pelbagai aspek termasuk menyediakan makanan, pakaian, barang keperluan dan sebagainya kepada petugas barisan hadapan serta rakyat yang menghadapi kesukaran.

“Orang ramai juga menunjukkan sokongan dan simpati kepada petugass barisan hadapan dengan memberikan kata-kata perangsang dan ucapan penghargaan kepada perjuangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri yang diadakan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Majlis sambutan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib serta Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, walaupun wabak Covid-19 melanda negara , ia tidak bermaksud sambutan kemerdekaan tidak dapat dilangsungkan.

“ Kita masih dapat meraikan acara penting dan bersejarah ini namun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dan dengan mengikuti norma baharu, sudah tentu kita akan dapat melakukannya,” katanya.

Pada masa sama, beliau sangat berbangga kerana program seperti ini berjaya dianjurkan oleh kerajaan negeri. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *