Anak Asajaya, Nur Syaiful Layak Ke Final 50M Gaya Bebas S5

Spread the love

TOKYO: Perenang para negara, Nur Syaiful Zulkafli, berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir acara 50m gaya bebas S5, Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

ini selepas Nur Syaiful berjaya menamatkan perlumbaan saringan pertama di tempat ketiga sebentar tadi.

Atlet kelahiran Asajaya, Sarawak berusia 26 tahun itu mencatatkan masa 33.46s di Pusat Akuatik Tokyo, ketinggalan 1.65s di belakang perenang China, Tao Zheng, yang mengungguli saringan itu.

Catatan yang dilakukan Nur Syaiful itu menempatkannya selaku lima pelumba terpantas dan layak untuk beraksi dalam pusingan akhir petang ini — hanya lapan perenang dengan catatan masa terbaik layak ke final.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *