25 Individu Dikompaun Dalam Op SOP Ambang Merdeka Di Kuching

Spread the love

KUCHING: Seramai 25 individu yang telah dikenakan kompaun dalam Operasi Penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard SOP Akta 342 Sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan bagi kawasan Ibu Pejabat Daerah IPD Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, Ashmon Bajah berkata, pasukan Op pematuhan telah menjalankan pemeriksaan di dua tempat berasingan di kawasan Jalan Tan Sri Ong Kee Hui dan Jalan Hup Kee, Kuching, Sarawak .

“Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan 11 perempuan berusia dalam lingkungan 22 hingga 49 tahun”. katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kesemua 25 individu terbabit telah melakukan kesalahan berada di kawasan awam melebihi tempoh masa yang ditetapkan selain didapati tidak mematuhi arahan penjarakan sosial.

Nilai keseluruhan kompaun yang dikenakan keatas semua individu terbabit adalah berjumlah RM37,500.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi pelaksanaan SOP yang ditetapkan”. katanya lagi.

Ashmon turut menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi berhubung pelanggaran SOP COVID-19.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *