Tiada masa untuk dibazirkan – KJ

Spread the love

KUALA LUMPUR, 31 Ogos : Sehari selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut kemaskini Facebook KKM, mesyuarat yang berlangsung pagi tadi diadakan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang fungsi dan operasi KKM.

” Mesyuarat juga telah membincangkan isu-isu semasa berkaitan KKM dan merangka strategi kesihatan dalam menangani pandemik COVID-19,” kata kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Khairy berkata, KKM akan sentiasa menjadi kementerian yang penting pada setiap masa dan bukannya ketika pandemik sahaja.

” Tanpa kesihatan, perkara lain tidak bermakna. Oleh itu kami di KKM akan terus mengukuhkan agenda kesihatan negara,” tulis beliau menerusi Twitternya.

Menerusi hantaran di insta story Instagramnya pula, Ahli Parlimen Rembau itu menitipkan pesanan ringkas dengan menulis tiada masa untuk dibazirkan.

Mesyuarat pagi tadi turut dihadiri dua Timbalan Menteri iaitu Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Datuk Aaron Ago Dagang selain Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Khairy bersama 30 menteri lain mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Sebelum ini, Khairy diberi kepercayaan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mana kementerian berkenaan diberi tanggungjawab melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *