Sabah sasar 40% penduduk dewasa terima vaksin lengkap pada 31 Ogos

Spread the love

Oleh: Syah Hairizal Kamalul Arifin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mensasarkan sebanyak 40 peratus penduduk dewasa mendapat vaksin lengkap pada 31 Ogos 2021.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata peratusan tersebut dijangka dicapai setelah data penuh diperoleh pada lewat petang Selasa.

“Sehingga 29 Ogos 2021, 38.0 peratus penduduk dewasa Sabah telah pun melengkapkan pengambilan vaksin dan 57.2 peratus telah memperolehi satu dos. 

“Menjelang malam Hari Kebangsaan 31 Ogos 2021, di jangka 40 peratus penduduk dewasa Sabah akan memperolehi vaksin yang lengkap.” Katanya dalam laporan perkembangan harian COVID-19 Sabah.

Masidi berkata kontak rapat kekal penyumbang utama kes positif COVID-19 harian dengan 1,342 dari 2,310 kes yang direkodkan pada Isnin.

“Saringan Bergejala merekodkan sebanyak 680 kes atau 29.4 peratus dari jumlah kes harian dan 37 kes adalah daripada Saringan Kluster sedia ada.

“Daripada jumlah kes hari ini, 2,016 kes baharu melibatkan warganegara Malaysia dan 294 kes adalah bukan warganegara0,” katanya.

Sementara itu, Masidi turut memaklumkan masih terdapat keputusan kes yang lewat didaftarkan dan menyumbang kepada angka tinggi kes harian.

“Ada keputusan kes-kes yang lewat didaftar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada Isnin, 882 kes atau 38.2 peratus adalah kes positif yang lewat  didaftar antara 2 hingga 3 hari.

“216 kes atau 9.4 peratus adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 260 kes atau 11.3 peratus adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari,” katanya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *