Petugas PPV PWTC bersemangat Merdeka

Spread the love

KUALA LUMPUR, 31 Ogos : Suasana di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disuntik elemen ceria apabila petugas dan sukarelawan berpakaian kebangsaan sempena sambutan Hari Merdeka pada hari ini.

Menerusi hantaran Facebook Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), puluhan petugas di PPV berkenaan bangga menyarung pakaian tradisi Malaysia seperti baju melayu yang dilengkapi sampin bagi petugas lelaki manakala petugas wanita nampak manis apabila mengenakan sari dan Cheongsam.

Turut menarik perhatian apabila seorang petugas wanita dari Sarawak di kaunter pendaftaran dilihat mengenakan pakaian tradisi Orang Ulu.

PPV PWTC pada Ahad lepas menerima kunjungan istimewa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila berjaya memberikan suntikan vaksin ke satu juta sejak memulakan operasi pada 4 Mei lepas.

Sementara itu, JKJAV turut memaklumkan pada Isnin sebanyak 361 381 suntikan vaksin diberikan di seluruh negara.

” Jumlah itu mewakili sebanyak 181 281 yang menerima dos pertama manakala 180 100 menerima dos kedua, ” jelas kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, sebanyak 63.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksin manakala sebanyak 83.8 peratus telah menerima sekurang -kurangnya satu dos suntikan. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *