MERDEKA: Pencapaian sosio-ekonomi negara menjamin kemakmuran masyarakat

Spread the love

MERDEKA: Pencapaian sosio-ekonomi negara menjamin kemakmuran masyarakat

TANGGAL 31 Ogos 2021 merupakan tarikh penting dalam lipatan sejarah Malaysia kerana membawa maksud negara dimana kita telah mengecapi kemerdekaan selama 64 tahun.

Di sebalik sambutan yang telah melepasi status jubli emas ini, wajar sekiranya kira merenung sejenak mengenai pengertian sebenar tarikh dan tempoh keramat ini.

Persoalan ini cukup penting supaya kita dapat melihat konteks kemerdekaan dari pelbagai aspek dan bukannya semata-mata bebas dari penjajah.

Dengan pemikiran dan jawapan yang jitu, kita dapat meneliti makna sebenar kemerdekaan pada masa ini supaya rakyat memahami dan menzahirkan makna tersebut dalam membentuk satu kehidupan yang sejahtera.

Penulis sempat bertanya pendapat Dr Nur Aida Kipli, yang merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau melihat erti kemerdekaan daripada perspektif yang lebih meluas.

“Secara amnya, ia satu penghayataan dalam bentuk pengorbanan oleh pemimpin-pemimpin negara terdahulu dalam usaha untuk membebaskan tanah air dari cengkaman dan monopoli penjajah-penjajah luar.

“Selari dengan arus peraliran masa, pengertian kemerdekaan juga boleh dikaitkan dengan pencapaian sosio-ekonomi negara yang mampu memakmurkan peningkatan taraf hidup masyarakat,” katanya.

Menurutnya, kemerdekaan bukan sahaja bebas dari cengkaman penjajah, namun dari segi minda dan cara seseorang berfikir juga perlu “merdeka” dari segala unsur negatif yang membolehkan mereka itu cenderung menganggu gugat kesejahteraan sejagat.

Makna kemerdekaan haruslah difahami oleh segenap lapisan masyarakat dan disemai dalam kalangan generasi muda.

Sebagai seorang pendidik, sudah pasti beliau mahukan anak didiknya serta semua generasi muda yang “merdeka” dari segala yang tidak baik seperti penyalahgunaan dadah, jenayah siber dan yang berakhlak yang tidak baik.

Tambahnya, golongan remaja khususnya perlu menghayati konsep kemerdekaan dari kaca mata erti perjuangan dan pengorbanan.

Oleh itu, beliau berpendapat tiga perkara yang harus diteliti oleh golongan ini dalam menghargai apa yg dikecapi hingga kini.

“Pertamanya, dengan memelihara nama baik negara agar tidak diperkotak katikkan dengan perlakuan atau kata-kata yang boleh mencemarkan nama baik negara.

“Keduanya, menonjolkan imej yang baik sebagai generasi masa hadapan yang turut menyumbang ke arah arus pembangunan negara,” tambahnya lagi.

Perkara ketiga ujarnya, generasi muda sudah semestinya harus bertindak sebagai ‘change maker’ untuk membolehkan negara menjadi lebih berdaya saing yang turut dikenali seantero dunia.

Tambahnya lagi, generasi muda ini haruslah dibentuk supaya negara kita boleh mengecapi satu anjakan paradigma ke arah negara yang maju kerana mereka inilah yang akan menjadi pemimpin negara di masa akan datang.

Menyingkap kembali peristiwa rundingan kemerdekaan, kebebasan yang kita nikmati hari ini adalah hasil kesungguhan para pejuang terdahulu dan hasil rundingan yang dicapai oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambanthan.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *