Hospital Miri terima tiga bayi Merdeka

Spread the love

MIRI, 31 Ogos : Hospital Miri menyambut kelahiran tiga bayi merdeka yang dilahirkan sejak pukul 12.00 tengah Malam tadi.

Jurucakap hospital berkenaan memaklumkan, jumlah kelahiran yang dikira adalah setakat petang ini.

Salah seorang ibu yang hanya mahu di kenali sebagai Rokiah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.39 kilogram (kg) pada pukul 3.34 pagi tadi.

Sementara itu , Lita Pampang melahirkan bayi lelaki seberat 3.15 kg kira – kira pukul 10.20 pagi tadi.

Turut melahirkan anak pada tarikh istimewa ini di hospital berkenaan ialah Russel Pidan Ajan yang gembira mengalu-alukan kehadiran bayi perempuan seberat 3.47 kg pada pukul 10.35 pagi tadi.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *