PKRC di Dewan Hikmah, SMK Tabuan Jaya akan segera beroperasi

Spread the love

KUCHING, 30 Ogos: Sebanyak 520 katil telah didirikan di Dewan Hikmah dan SMK Tabuan Jaya untuk memulakan operasi sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) COVID-19.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Dr Sim menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjadikan kedua-dua PKRC itu sebagai kenyataan untuk memerangi wabak COVID-19.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama yang baik dalam usaha mendirikan PKRC ini. Tidak kira agensi persekutuan atau negeri, kita lakukan bersama,” tulisnya.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengatakan PKRC adalah pusat pemantauan perubatan tersedia bagi mereka yang dikesan positif COVID-19 dalam Kategori 1, 2 dan 3 tanpa komorbiditi.

Selain itu, individu yang dijangkiti yang lingkungan rumahnya tidak sesuai untuk pengasingan diri juga akan menjalani isolasi di PKRC.

Bagaimanapun, beliau memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan keselesaan seperti bilik mandi sendiri, tandas atau bilik peribadi di PKRC.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *