Lelaki maut ditaji ayam sabung sendiri

Spread the love

BINTULU, 30 OGOS: Seorang lelaki maut setelah terkena taji yang dipasang di kaki ayam miliknya ketika terlibat dengan kegiatan sabung ayam di ladang sawit di Batu 21, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitenden Zulkipli Suhaili berkata, mangsa yang berusia 42 tahun mengalami pendarahan serius akibat ‘serangan’ ayam berkenaan dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bintulu.

“Mangsa masuk ke gelanggang dan melepaskan ayam sabungnya untuk berlaga dengan ayam yang lain namun secara tiba tiba haiwan berkenaan menerkam ke arahnya,” katanya ketika dihubungi TVS.

Menurut Zulkifli, sejurus kejadian itu, rakan mangsa cuba memberi bantuan dengan membalut luka pada bahagian paha dengan baju. Kejadian berkenaan turut tular apabila video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang menyabung ayam itu dikongsi pengguna media sosial.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan 1952 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Polis juga telah menangkap enam orang lelaki tempatan berumur 31 tahun hingga 53 tahun yang dipercayai penganjur program itu bagi membantu siasatan kes ini,” katanya. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *