Lapangan Terbang Kabul jadi sasaran serangan roket

Spread the love

KABUL, 30 Ogos : Lapangan terbang Kabul pada Isnin menjadi sasaran serangan roket, ketika pasukan tentera pimpinan Amerika Syarikat (AS) sedang dalam proses berundur dari Afghanistan, kata saksi.

“Lima roket yang dipasang pada sebuah kereta itu dibedil dari Khair Khana Minia, tetapi dapat dipintas sistem peluru berpandu AS,” kata saksi Sayyad Mohammad kepada Xinhua.

Belum ada laporan mengenai korban.

Laporan media memetik kenyataan Rumah Putih, Presiden Joe Biden sudah diberikan taklimat mengenai serangan roket itu, dan bahawa operasi di lapangan terbang Kabul masih diteruskan.

Taliban belum mengesahkan kejadian itu setakat ini.

Penerbangan membawa keluar tentera AS kini di fasa akhir dan dijangka selesai pada Selasa.

Pada Khamis, sekurang-kurangnya 170 warga Afghanistan dan 13 tentera AS terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam insiden letupan di pintu masuk sebelah timur lapangan terbang, ketika orang ramai menunggu untuk dipindahkan.

ISIS-K, sekutu Daesh di Afghanistan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Pada Ahad, sekurang-kurangnya enam orang awam dan seorang yang disyaki militan ISIS-K terbunuh dalam serangan dron AS di sebuah kawasan di sebelah barat lapangan terbang.

–BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *