Kepahlawanan anggota Iban Tracker yang tiada tandingan

Spread the love

Awang Raweng, sebuah nama yang sering dikaitkan dengan keberanian dan memiliki semangat patriotisme yang tinggi. 

Bekas anggota ‘Iban Trackers’ ini merupakan antara penerima pingat George Cross yang telah dianugerahkan oleh Ratu England pada tahun 1951.

Datuk Awang Raweng menghadiri majlis di England bersama Ratu England.

Iban Trackers terdiri daripada pahlawan-pahlawan Iban yang handal dengan selok-belok hutan tebal dan mempunyai kepakaran yang luar biasa dalam menjejaki musuh. 

Penganugerahan itu merupakan sebuah pengiktirafan di atas kegagahan Datuk Awang Raweng melawan kira-kira 50 komunis bersendirian dan pada masa yang sama bagi menyelamatkan tentera British yang cedera. 

Walaupun tangannya sendiri cedera teruk pada masa itu, namun beliau berjuang hingga ke akhir menentang musuh. Bagi beliau, jika ditakdirkan untuk mati semasa di medan perang, lebih baik mati dalam keadaan berjuang untuk negara.

Ikuti kisah keberanian mendiang Datuk Awang Raweng yang bakal ditayangkan di TVS sempena Hari Kemerdekaan esok, pada 31 Ogos 2021, jam 9 malam, hanya di TVS saluran 122 Astro dan MyTV!


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *