Anak jati Sarawak raih pingat lagi, menteri ucap tahniah

Spread the love

KUCHING, 30 Ogos: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kawa, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada Jong Yee Khie atas kemenangannya itu.

“Tahniah buat Jong Yee Khie, atlet powerlifting yang berasal dari Batu Kawa, Kuching atas kemenangan pingat perak (kategori 170kg) di Sukan Paralimpik Tokyo. Sarawak bangga dengan anda!” tulis Dr Sim di hantaran Facebooknya.

Yee Khie meraih pingat perak bagi kategori 170kg lelaki.

Ucapan itu turut dibanjiri komen daripada seluruh pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa bangga dan gembira mereka atas kemenangan Yee Khie.

Bagi Abdul Karim pula, kemenangan Yee Khie merupakan hadiah paling bermakna sempena Hari Kebangsaan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah turut berbangga dengan pencapaian kedua-dua atlet tersebut.

“Seluruh rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khasnya berbangga dengan pencapaian Yee Khie dan Bonnie Bunyau Gustin yang meraih pingat buat negara,” katanya.

Harapannya agar pencapaian cemerlang kedua-dua atlet tersebut menjadi inspirasi kepada semua atlet untuk melakar kejayaan manis di peringkat antarabangsa.

Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *