Kerajaan Sarawak sertai Kenanga Investment & Revenue Group dapatkan lesen perbankan digital

Spread the love

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — SSG Digital Resources Bhd, jentera tujuan khas untuk konsortium yang terdiri daripada kerajaan Sarawak, Revenue Group Bhd dan Kenanga Investment Bank Bhd, telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen perbankan digital dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Ini menurut  Rangka Kerja Pelesenan Bank Digital dan Prosedur Permohonan bagi Lesen Baharu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Konsortium itu, yang memanfaatkan kelebihan tiga rakan strategiknya, berhasrat memperbaiki dan mengubah kehidupan semua rakyat Malaysia, termasuk individu dan perniagaan mikro/ kecil / sederhana, melalui penyelesaian perbankan digital yang telus dan berpatutan, demikian menurut Revenue Group dan Kenanga Investment dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia.

— BERNAMA

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *