Ular berbisa akhirnya ditangkap

Spread the love

BINTULU, JULAI 30: Seekor ular berbisa spesis belalang telah berjaya ditangkap oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bintulu, di Kampung Sebuan Besar Jepak padi tadi.

Pegawai APM Daeraah Bintulu, Ra’Idah Jomi berkata, selepas mendapat panggilan kecemasan daripada pemilik rumah berkenaan, seramai empat pegawai APM telah dihantar ke lokasi kejadian bagi menangkap reptilia berbisa tersebut

“Setelah sampai ke lokasi kejadian, pasukan bravo APM mendapati ada seekor ular belalang sepanjang dua meter bersembunyi di belakang almari rumah berkenaan,” katanya.

Bertindak atas arahan, pihak APM berjaya menangkap ular tersebut dalam masa 15 minit sebelum disimpan dalam kantung khas bagi memastikan ular itu tidak mendatangkan kecederaan.

“Ular itu kita akan serahkan kepada pihak Taman Tumbina Bintulu untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Beliau turut menasihati kepada komuniti di Bintulu agar sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan rumah terutama dengan kehadiran binatang berbisa yang berkemungkinan disebabkan faktor cuaca panas pada masa sekarang.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *