Tiga kemalangan maut dalam tempoh seminggu di Jalan KJD

Spread the love

JULAU, JULAI 30: Jalan KJD Julau meragut satu lagi nyawa apabila seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah van tengahari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Julau, DSP polis Andam Sulin ketika dihubungi berkata, kemalangan tersebut merupakan yang ketiga berlaku sepanjang minggu ini.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Collin Baring Empam berusia 27 tahun berasal dari Rumah Tedung, Sungai Tuah Kanowit disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik di tempat kejadian.

“Dalam kejadian kemalangan maut ini iaitu pada jam lebih kurang 12.30 tengahari, pemandu van dalam perjalanan balik ke rumahnya dan apabila sampai di Batu 14 Jalan KJD , tiba-tiba sebuah motosikaltelah membuat pusingan-U. Pemandu van tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal tersebut.

“Akibat daripada perlanggaran ini, si mati telah disahkan meninggal di tempat kejadian manakala pemandu van tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Andam.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Motosikal yang dinaiki mangsa turut terbakar akibat daripada impak perlanggaran tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, katanya dua kemalangan maut telah berlaku di Jalan KJD, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilanggar sebuah kereta pada jam 8.10 pagi 26 Julai manakala seorang lagi pemandu lelaki berusia 53 tahun turut maut apabila melanggar belakang jentolak pada malam Selasa lalu

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *