Lebih 20 juta terima suntikan vaksin, Sarawak negeri kedua tertinggi

Spread the love

KUALA LUMPUR , 30 Julai – Jumlah populasi rakyat negara ini yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan pelalian vaksin COVID -19 kini mencecah 20,009 988 juta orang.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menerusi kemaskini di Insta Story , akaun Instagramnya berkata, jumlah itu mewakili sebanyak 43.3 peratus.

“Peratus yang telah menerima dos kedua pula ialah sebanyak 19.9 peratus, “katanya.

Beliau turut memperincikan bahawa sebanyak 13, 496 444 juta telah diberikan suntikan pelalian pertama sementara 6,513 544 juta telah lengkap divaksinasi.

Sementara itu , kemaskini Facebook Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID -19 (JKJAV) awal hari ini memaklumkan Sarawak menjadi negeri kedua tertinggi membabitkan penerima vaksin dos pertama iaitu seramai 1,691 496 juta manakala lebih 1.2 juta telah lengkap menerima dua dos suntikan.

Gabungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor kini menjadi lokasi suntikan vaksin tertinggi dari segi jumlah dos pertama iaitu lebih 5.4 juta manakala lebih dua juta telah lengkap dua dos.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *