Pegawai polis cedera digigit suspek kes dadah

Spread the love

SIBU, JULAI 29: Pegawai polis polis cedera digigit oleh seorang suspek kes dadah ketika penangkapan di sebuah ladang kelapa sawit di Selangau.

Pegawai polis tersebut turut patah pergelangan tangan ketika bergelut dengan suspek yang berusia 32 tahun itu.

Ketua Polis Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata pasukan polis termasuk polis dari Jabtan Siasatan Jenayah Narkotik sedang menjalankan operasi di kawasan Sepiring di Jalan Sibu-Bintulu pada kira-kira jam 9.30 pagi ketika kejadian.

“Sebaik mangsa memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis, suspek yang dipercayai di bawah pengaruh dadah tiba-tiba menyerang pegawai tersebut dengan menggigit kaki kanan pegawai tersebut yang turut patah tangan diserang suspek dan pegawai tersebut terpaksa menggunakan sedikit kekerasan untuk menahan suspek,” kata Muhamad Rizal dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine seberat 5.26 gram turut dijumpai dalam beg silang suspek

Ujian saringan dadah turut mendapti suspek positif dadah dan suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39A(1)  dan  Akta Dadah Berbahaya 1952 termasuk Seksyen 325 dan Seksyen 186 di bawah Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

Pegawai polis tersebut telah dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan dan dilaporkan stabil.

Suspel telah dibawa ke mahkamah untuk direman.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *