Ibu, bayi enam bulan maut dalam kemalangan di Kluang

Spread the love

JOHOR BAHRU, 28 Julai — Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia enam bulan maut selepas kereta Nissan Cefiro yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 21 Jalan Renggam-Simpang Renggam dekat Kluang petang semalam

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata kejadian pada 3.35 petang itu menyebabkan mangsa, Norashidah Zakariah, 35, yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya Nur Azra Hannan Muhammad Shahril meninggal dunia di sebuah klinik di Renggam.

Bagaimanapun, suami mangsa iaitu Muhammad Shahril Amran, 37, dan ibunya Manja Jaafar, 55, serta pemandu Proton Wira, Mohd Zul Shahri, 54, yang cedera di kepala, menerima rawatan di Hospital Kluang.

“Muhammad Shahril dipercayai telah memotong sebuah lori dan melanggar kenderaan Mohd Zul yang datang dari arah bertentangan sehingga mengakibatkan perlanggaran kedua-dua kenderaan,” menurutnya dalam kenyataan malam semalam

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *