Kanak-kanak lapan tahun terbunuh kemalangan

Spread the love

JULAU, JULAI 27: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di i Kilometer 16, Jalan KJD .

Menurut Ketua Balai Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8.10 pagi semalam

Jelasnya, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa yang berjalan kaki secara tiba-tiba melompat dari penghadang jalan dan terlanggar bahagian depan sebelah kiri sebuah kereta yang sedang melalui kawasan teserbut.

“Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke sebelah kiri jalan.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Klinik Kesihatan Julau dan dibawa ke Forensik Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut,” katanya kepada media semalam.

Difahamkan, ketika kejadian pemandu kereta terbabit dalam perjalanan dari Julau ke Sarikei.

Pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tambah Andam.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *