Serbuan pusat lombong Bitcoin, polis tangkap warga Indonesia

Spread the love

KUCHING, JULAI 26: Kegiatan sebuah pusat melombong Bitcoin yang berselindung di sebalik sebuah kilang di kawasan perindustrian di Demak Laut akhirnya terbongkar dengan tertangkapnya seorang warganegara Indonesia.

Serbuan di lokasi tersebut juga berjaya mendedahkan kerugian elektrik yang  dianggarkan berjumlah RM110,000 dalam tempoh hanya 87 hari yang berselindung di sebuah kilang di kawasan perindustrian Demak Laut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata serbuan tersebut merupakan kejayaan pertama untuk tahun ini bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuching bersama Sarawak Energy Berhad (SEB)  hasil daripada maklumat yang disampaikan terus kepada pasukan kita yang dianggotai seramai 15 orang.

“Pusat melombong Bitcoin ini dipercayai telah beroperasi kira-kira tiga bulan lalu iaitu 87 hari berdasarkan rekod yang ada.

“Transaksi atau kerugian sumber elektrik yang dicuri hasil sambungan haram ini telah menjangkau RM110,000 hanya dalam tempoh 87 hari,” kata Ahsmon.

Dua lagi individu yang disyaki pekerja di pusat melombong Bitcoin terbabit berjaya melarikan diri.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 33 Ordinan Elektrik Negeri Sarawak dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun yang sama.

Sebanyak 170 mesin melombong Bitcon juga dirampas dalam serbuan tersebut selain alat penyejukan mesin tersebut.

Menurutnya, perkara sebegini dipandang serius menerusi kerjasama dengan SEB di bawah Op Bitcoin.

“Kita akan teruskan untuk memburu mereka yang terlibat dalam kegiatan melombong Bitcoin ini yang menyebabkan kerugian sumber elektrik negeri ini.

“Paling bahaya ia menimbulkan keadaan yang tidak elok kepada pengguna elektrik sebenar sama ada pengguna komersial dan di sekitar sini kerana penyambungan haram yang boleh menyebabkan litar pintas,” ujarnya.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *