Nguyen Xuan Phuc dilantik Presiden Vietnam untuk tempoh 2021-2026

Spread the love

HANOI, 26 Julai  — Nguyen Xuan Phuc dipilih sebagai Presiden Vietnam untuk tempoh 2021-2026 pada Isnin semasa sesi pertama Perhimpunan Kebangsaan (NA) ke-15 di Hanoi.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), usul mengenai pemilihan itu disokong 483 ahli parlimen atau 96.79 peratus daripada jumlah keseluruhan. 

Pelantikan itu akan berkuat kuasa sejurus selepas diluluskan oleh badan perundangan.

Phuc, 67, berasal dari wilayah Quang Nam, adalah ahli Politburo untuk tempoh ke-11, 12 dan 13, ahli Jawatankuasa Pusat Parti untuk tempoh ke-10, 11, 12, 13, dan wakil NA dari tempoh ke-11, 13, 14 dan 15.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-13 dan ke-14. 

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *