Jemaah antarabangsa dibenar lakukan ibadah umrah bermula 10 Ogos

Spread the love

JEMAAH antarabangsa kini dibenar melakukan ibadah umrah bermula 10 Ogos susulan kelancaran musim haji tahun ini, menurut laporan Gulf News.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan, Haramain Sharifain menyatakan penerbangan langsung dibenarkan daripada semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan.

Untuk negara-negara ini, rakyatnya dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.

Selain itu, Jemaah diwajibkan selesai menerima vaksinasi COVID-19 yang lengkap sama ada vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).

Bagi Jemaah yang melengkapkan vaksinasi dengan vaksin keluaran China pula, mereka dikehendaki mengambil dos ‘booster’ keluaran Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca atau J&J.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *