Atlet diberi kelonggaran tanggal pelitup muka untuk tujuan bergambar di podium

Spread the love

TOKYO, 26 Julai — Olimpik Tokyo membenarkan atlet merakam gambar mereka di podium tanpa memakai pelitup muka untuk tempoh 30 saat dengan mematuhi penjarakan fizikal dan bergambar berkumpulan dengan memakai pelitup muka.

Menurut Xinhua, memetik kenyataan akhbar Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berdasarkan Tokyo 2020 Playbooks dan nasihat saintifik, protokol upacara kemenangan telah disemak semula untuk membolehkan atlet merakamkan detik kejayaan dengan menampakkan riak dan emosi pada wajah.

Protokol baharu itu akan dilaksanakan mulai 25 Julai di semua gelanggang untuk tempoh beberapa hari.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *