Wanita Temui Ajal, Kemalangan Motosikal Bertembung Pikap

Spread the love

MIRI, 25 JULAI: Seorang wanita meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) dalam kejadian pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 7:30 malam di Jalan Kampung Masjid, Sungai 7, Miri.

“Mangsa yang dikenali sebagai Gumas Nantal, berusia 22 tahun dan berasal dari Permyjaya Tudan,” dedahnya.

Siasatan awal mendapati kenderaan 4WD yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun datang dari arah Kuala Baram menuju Senadin sebelum sebuah motosikal datang dari arah bertentangan dan masuk ke laluan sebelah lalu bertembung.

Pertembungan itu menyebabkan 4WD terbabas ke kanan bahu jalan dan terbalik.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan parademik Hospital Miri yang hadir ke lokasi kejadian,” kata Alexson dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *