Kes Covid di Sarawak kembali meningkat

Spread the love

KUCHING, 25 Julai — Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak kembali meningkat kepada 407 hari ini berbanding 261 semalam, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri itu kini 73,986.

Antara daerah yang mencatatkan kes baharu paling tinggi adalah Kuching dengan 198 kes, Serian (38) dan Samarahan (34).

“Hari ini juga terdapat 199 kes yang telah pulih dan 4,459 kes masih aktif,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, hari ini terdapat dua kematian direkod menjadikan jumlah terkorban akibat virus itu di negeri ini meningkat kepada 457.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *