Vaksin Buatan China Selamat Dan Efektif

Spread the love

VAKSIN Sinopharm, dari China adalah selamat dan efektif, lapor Utusan Borneo.

Pelbagai reaksi positif diterima dan terbukti vaksin China berkesan terhadap varian delta selain membantu dunia menyelamatkan nyawa dari wabak COVID-19.

Malah hasil kajian Universiti Sri Jayawardepura di Sri Lanka menunjukkan, sebanyak 95 peratus penerima lengkap dua dos vaksin Sinopharm mempunyai antibodi, manakala 81.25 peratus dapat menghasilkan antibodi peneutral menerusi sistem imun.

Sementara itu, China telah menyalurkan bekalan vaksin membabitkan 500 juta dos kepada lebih 100 negara dan pertubuhan antarabangsa.

Selain memperkasa kolaborasi global dalam bidang vaksin, China juga komited memastikan semua negara membangun boleh mendapatkan akses kepada produk vaksin yang mampu milik.

Setakat ini vaksin COVID-19 buatan China digunakan meluas apabila lebih 100 negara meluluskan penggunaan vaksin itu dan pemimpin dari 30 negara turut menerima suntikan vaksin berkenaan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *