Sarawak Catat Kes Varian Delta Paling Tinggi di Malaysia

Spread the love

Kuching, 23 Julai: Sarawak telah menjadi negeri yang merekodkan kes Varian Delta yang paling tinggi di negara kita, dengan 93 kes dikesan, setakat 22 Julai 2021.

Menurut maklumat yang dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan melalui laman Facebook rasminya, pada 12 hingga 22 Julai, Malaysia telah mencatatkan 119 lagi kes yang disahkan melibatkan virus varian, 106 daripadanya adalah kes varian Delta dengan 76 kes daripadanya dikesan di Sarawak.

Setakat 22 Julai 2021, Sarawak telah merekodkan 152 kes COVID-19 yang melibatkan pelbagai varian di mana 93 kes adalah daripada varian Delta.

Ini juga menunjukkan bahawa Sarawak pada masa ini merupakan negeri yang mempunyai kes varian Delta paling tinggi di Malaysia, di mana Sarawak juga telah mengesan sejumlah 45 kes (1 kes diimport, 44 kes jangkitan tempatan) yang melibatkan kes virus varian Beta, 13 kes virus varian Theta dan 1 kes virus varian Eta, menjadikan Sarawak antara negeri yang merekodkan kes kumulatif perbagai varian yang tertinggi di negara kita.

Selain itu, data Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa pada masa ini terdapat 429 kes COVID-19 yang melibatkan pelbagai virus varian di Malaysia.

Selain Sarawak dengan 152 kes dikesan, diikuti oleh 74 kes di Selangor (5 kes diimport, 69 kes tempatan), Kelantan 25 kes, 25 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6 kes import, 19 kes tempatan), 22 kes di Johor (4 kes import, 18 kes tempatan), 20 kes di Pahang, 18 kes di Kedah , 17 kes di Perak, dan Wilayah Persekutuan Labuan 14 kes (4 kes diimport, 10 kes tempatan), 12 kes di Melaka, masing-masing 10 kes di Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah, 9 kes di Pulau Pinang (1 kes diimport, 8 kes tempatan), Perlis 6 Kes, dan 5 kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

(Sumber: Facebok KKM)
Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *