Rebut Teman Wanita, Enam Lelaki Ditahan

Spread the love

MIRI, 23 JULAI: Gara-gara berebut teman wanita, enam lelaki terlibat dalam pergaduhan bersenjata terima padahnya selepas ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata insiden tersebut berlaku di hadapan sebuah kedai kopi berhampiran Balai Polis Pusat Miri di Jalan Kwang Tung sekitar jam 5 petang Khamis.

“Kesemua suspek yang terlibat berusia antara 15 hingga 24 tahun.

Tiada suspek yang cedera teruk dalam kejadian ini,” katanya.

Antara yang dirampas adalah beberapa senjata yang digunakan ketika pergelutan termasuk dua topi keledar dan sebatang besi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.

Dalam pada itu, Hakemal turut menasihatkan orang awam agar tidak melakukan jenayah kekerasan atau mengambil tindakan bertentangan dengan undang-undang.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *