PBT diseru ambil pendekatan tersendiri pulihkan ekonomi

Spread the love

KUCHING, Julai 23: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyeru Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengguna pakai pendekatannya yang tersendiri bagi memulihkan ekonomi masyarakat setempat terutama golongan peniaga kecil.

Katanya, Sarawak pada ketika ini dilihat berada pada landasan tepat dalam mengembalikan ekonominya dengan langkah pencegahan dan pengawalan COVID-19 yang tepat.

Kerajaan Sarawak juga tambahnya, telah melancarkan strategi ekonominya (Strategi Pembangunan 2030) untuk memulihkan krisis terbabit.

Justeru, PBT boleh mengadaptasikan apa yang telah diumumkan sebagai panduan.

“Untuk tujuan itu, saya meminta kerajaan tempatan supaya membentuk satu dasar bagi memulihkan sektor ekonomi di peringkat kerajaan tempatan membantu masyarakat termasuk peniaga kecil,” katanya pada Upacara Angkat Sumpah Semula Ahli-Ahli Majlis PBT pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan akan menempatkan Pusat Internet di kawasan Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan juga kawasan di bawah PBT menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

Dengan adanya inisiatif tersebut, beliau berharap supaya PBT memanfaatkan kemudahan dan teknologi yang disediakan untuk memnyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Pada majlis terbabit, seramai 758 Ahli-Ahli Majlis PBT telah dilantik semula berkuatkuasa 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *