Menyamar Sebagai Isteri, Penumpang Pesawat Palsukan Dokumen “PCR”

Spread the love

JAKARTA : Seorang lelaki positif COVID-19 ditahan setelah didapati menyamar identiti sebagai isterinya.

Lelaki terbabit nekad memakai purdah dan menyamar sebagai isterinya bagi membolehkan dirinya menaiki penerbangan untuk pulang ke kampung halaman di Indonesia.

Beliau yang dikenali dengan nama DW ditahan selepas anak kapal melihat gelagatnya menuju ke tandas dalam kapal terbang berkenaan dengan berpakaian wanita namun keluar dengan berpakaian lelaki. 

Lelaki itu dikatakan berjaya melepasi kaunter pemeriksaan di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma dekat Jakarta dengan menggunakan kad pengenalan dan ujian COVID19 negatif milik isterinya.

 Anak kapal yang melihat kejadian itu segera melaporkan kepada pihak berkuasa sebaik sahaja mendarat di Ternate.

 Lelaki itu kemudiannya telah ditahan dan ujian PCR yang dilakukan telah mengesahkan beliau positif COVID-19. Beliau kemudian dibawa untuk proses kuarantin. 

Pihak polis akan melakukan tindakan selanjutnya setelah beliau selesai kuarantin nanti.

SUMBER : CNN Indonesia


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *