COVID19: Filipina Sahkan Jangkitan Varian Delta

Spread the love

MANILA, JULAI 23: Jabatan Kesihatan Filipina mengesahkan terdapat kes jangkitan tempatan di negara itu membabitkan varian Delta.

Menurut Xinhua, terdapat 47 kes varian Delta di negara itu telah dikesan, lapan daripadanya adalah kes aktif, manakala tiga pesakit meninggal dunia.

“Hasil analisis filogenetik yang dilakukan Pusat Genom Filipina, Universiti Filipina dan Biro Epidemiologi Kementerian Kesihatan mendapati terdapat kes tempatan membabitkan varian delta,” Kata DOH dalam satu kenyataan.

Filipina pertama kali mengesan varian Delta melalui sampel yang diambil daripada rakyatnya yang baru pulang dari luar negara.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *