COVID: Hampir 1,500 Kematian Di Indonesia

Spread the love

JAKARTA: Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat COVID-19, selepas merekodkan 1,449 kematian pada Khamis.

Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia pada Jumaat berkata, jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 79, 032 orang.

Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi ialah seramai 402 kematian, diikuti Jawa Timur (270), Jakarta (194) dan selebihnya adalah dari wilayah lain.

Kes baharu COVID-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 49,509 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 3,033,339 kes, dengan sebanyak 561,384 pesakit aktif (dirawat).

-BERNAMA

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *