98 Peratus Anggota Tentera Di Sarawak Telah Lengkap Divaksin

Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 23 JULAI: Kira-kira 98 peratus anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat di Sarawak telah lengkap kedua-dua dos vaksin Covid-19 mereka, setakat Jumaat.

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa berkata program yang diadakan secara pandu lalu di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan itu menyasarkan seramai 2,600 individu akan disuntik dalam program dua hari yang akan berakhir pada Sabtu.

“Kita mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Sarawak dalam menyediakan vaksin untuk ahli keluarga anggota manakala untuk anggota-anggota tentera kita menggunakan Pfizer-BioNTech bagi suntikan ini,” jelasnya ketika ditemui TVS.

Katanya hampir kesemua anggota sudah divaksin kecuali mereka yang sedang bercuti dan belum kembali ke Sarawak, selain ahli keluarga anggota yang mempunyai masalah kesihatan, mengandung dan lain-lain penyakit.

Dalam perkembangan berkaitan Dzulkafli turut memberitahu seramai lebih 900 individu di Pasai Siong telah menerima suntikan vaksin mereka menerusi Combat Medic Vaccination Team (CMVT) ATM.

“Sekarang kita berada di fasa kedua suntikan vaksin untuk penduduk sekitar Nanga Ngungun, Kanowit di mana Ketua Menteri Sarawak akan hadir bersama-sama pasukan CMVT sebelum bergerak ke Bukit Mabong dan Long Singut, Kapit,” dedahnya.

Tambahnya CMVT tidak mempunyai tarikh luput, mereka akan beroperasi selagi diarahkan kerajaan negeri bagi mempercepatkan proses vaksinasi kepada seluruh rakyat Sarawak khususnya di pedalaman.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *