Dua kluster baharu diisytihar di Sarawak pada Khamis

Spread the love

KUCHING: Dua kluster baharu COVID-19 diisytiharkan di Sarawak yang merupakan kluster komuniti melibatkan dua buah rumah panjang di daerah Saratok.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan, Kluster Ulu Senulau, Saratok melibatkan penduduk sebuah rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Nanga Gong, Ulu Senulau di Daerah Saratok.

Seramai 57 individu telah menjalani ujian saringan COVID-19, 33 didapati positif termasuk kes indeks, 18 lagi negatif dan enam masih menunggu keputusan ujian saringan.

Kesemua kes positif telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di daerah Betong, tambahnya.

Manakala Kluster Abu Bengang, Saratok, juga melibatkan penduduk sebuah rumah panjang yang dikenakan PKPD di Abu Bengang, Krian di daerah Saratok.

193 individu telah menjalani ujian saringan, 131 positif termasuk kes indeks, 46 pula negatif mananakala 16 individu masih menunggu keputusan ujian saringan.

JPBN Sarawak juga memaklumkan terdapat satu kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu selepas tiada kes baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

Setakat ini, terdapat 94 kluster COVID-19 yang masih aktif di seluruh Sarawak dan daripada jumlah itu 12 merekodkan penambahan kes baharu.

Sementara itu, Sarawak pada Khamis mencatatkan sebanyak 644 kes baharu positif COVID-19.

Kebanyakan kes yang dikesan adalah berpunca daripada saringan bersasar di lokaliti di bawah PKPD.

“PKPD Kampung Seratau (Kuching) dengan 145 kes, lokaliti di bawah PKPD di Rumh Kambieng, Abu Bengang, Krian (Saratok) dengan 126 kes, Penjara Pusat Miri (Miri) dengan 120 kes, dan Penjara Pusat Sri Aman (Sri Aman) dengan 25 kes,” tambah kenyataan itu.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *