Olimpik Tokyo: 10 lagi kes baharu Covid-19 dilaporkan

Spread the love

TOKYO, 21 Julai — Sebanyak 10 lagi kes jangkitan COVID-19 direkodkan menjelang pembukaan temasya Sukan Olimpik Tokyo, lapor Sputnik memetik kenyataan jawatankuasa penganjur. 

Mereka yang dijangkiti itu masing-masing seorang atlet dan pegawai kontinjen asing manakala selebihnya terdiri petugas tempatan.

Sejak 1 Julai, jumlah jangkitan yang dilaporkan mencecah 81 kes melibatkan atlet, kontinjen asing dan petugas tempatan yang menginap di perkampungan Olimpik.

Jangkitan COVID-19 turut dikesan dalam kalangan empat atlet dan pegawai pengiring di kem latihan di luar Tokyo, tambah penganjur.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *