Jangkitan Kulat Penyebab Penyakit Kulit, Apa Kata Pakar?

Spread the love

KUCHING, 21 Julai – Umum mengetahui bahawa kulit merupakan organ paling besar di badan manusia yang mudah terdedah dengan pelbagai jenis kulat yang boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit.

Berdasarkan statistik 30 peratus jangkitan kulit berlaku di seluruh dunia, 60 peratus golongan lelaki yang mudah terkena jangkitan dan 25 peratus rakyat Malaysia ada terkena jangkitan kulat.

Terdapat dua jenis jangkitan kulat yang mudah membiak di kulit manusia iaitu kulat apok (mole) dan ragi (yeast).

Menurut Pakar Dermatologi & Perubatan Dalaman, Dr Kho Wee Meng, ada dua faktor utama yang menyebabkan kulat mudah membiak pada manusia iaitu suhu dan kelembapan kulit seperti di bahagian paha, bawah ketiak dan di bahagian tertentu.

“Jangkitan kulat berasal dari tiga sumber penting sebab kalau mahu mendapatkan rawatan mesti tahu setiap sumber ini seperti haiwan ternakan atau peliharaan (kucing, hamster), tanah (orang yang bekerja di tanah seperti berkebun dan bercucuk tanam) serta orang ke orang (manusia ke manusia),” katanya ketika ditemui pemberita TVS di Pusat Perubatan Timberland baru-baru ini.

Jelasnya, ada beberapa manifestasi jangkitan kulat iaitu pesakit akan kegatalan, kulit merah, kulit bersisik, kulat boleh menyerang rambut (keguguran rambut), kuku (rapuh/mengelupas), kulat di celah kaki atau jari, kulat menjadi kuman atau bakteria pada pesakit kencing manis kalau ada lubang pada bahagian itu boleh menyebabkan kuman atau bakteria masuk menyebabkan amputasi.

“Ada empat jenis penyakit jangkitan kulat yang biasa berlaku dan secara umumnya 30 peratus penyakit kulit yang mempunyai jangkitan disebabkan jangkitan kulat seperti Tinea (kurap atau ringworm), Panau (Pityriasis Versicolor), Kandidiasis dan Seborrheic dermatitis.

“Secara klinikal, bagi diagnosis penyakit kulit, jenisnya boleh dilihat melalui gambaran, kadang-kadang kalau tidak pasti selalunya jangkitan kulat ada menunjukkan gelang di bahagian badan, kita buat kikisan kulit “skin scraping test’ dan dilihat di bawah mikroskop untuk mengetahui jenis kulat itu,

Skin Biopsy iaitu kulit dihantar “skin culture test” untuk tahu jenis kulat, serta Wood’s lamp untuk buat pemeriksaan atas rambut pesakit yang ada penyakit kulit,” katanya.

Bagi kaedah rawatan yang selalu digunakan, Dr Kho menjelaskan ada dua perkara yang diutamakan iaitu pesakit mesti mendapatkan diagnosis yang tepat dan doktor akan melihat keadaan penyakit itu banyak atau sedikit.

“Kalau banyak kita bagi ubat oral (ubat yang dimakan) untuk bunuh kulat kalau sedikit di bahagian-badan pesakit, kita hanya bagi krim, losyen dan syampu sahaja.

Kaedah seterusnya ialah mengenalpasti sumber jangkitan kepada pesakit iaitu sekiranya daripada binatang peliharaan atau manusia mesti dihantar untuk mendapatakn rawatan segera untuk mengelakkan jangkitan berulang lagi.

Dr Kho untuk berkongsi tentang cara-cara pencegahan bagi mengelakan jangkitan kulat yang boleh menyebakan penyakit kulit seperi sentiasa menjaga kebersihan diri, kerap mencuci tangan, jangan berkongsi tuala, elakkan menggunakan pakaian yang ketat.

“Ini termasuk menghantar haiwan peliharaan untuk dirawat dan untuk pesakit yang ada sejarah penyakit kencing manis mesti makan ubat mengikut masa yang ditetapkan dan mengikuti arahan doktor,” tambahnya lagi.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *