Golongan B40 Di Sarawak Dipelawa Memohon SRAS

Spread the love

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak mempelawa golongan B40 berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan untuk memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS).

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Sarawak Mohamad Asman Ahmad berkata SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2021.

“SRAS kini dibuka kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, skim ini juga dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 20,000 isi rumah yang layak terutama golongan berpendapatan rendah dan terkesan disebabkan pandemik Covid-19.

“Permohonan SRAS adalah terbuka untuk warganegara Malaysia khasnya anak Sarawak. Peserta yang tersenarai di dalam sistem e-kasih dan/atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan juga dialu-alukan memohon,” katanya

Pemohon boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di laman web HDC http://hdc.sarawak.gov.my atau menghubungi Ibu Pejabat HDC Kuching di talian 082-444381 atau 082-443681 untuk sebarang pertanyaan.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Comments

  1. Sekarang sewa rumah d, uni garden kuching

  2. Selamat Malam, boleh saya tahu Di mana rumah Ini?

    1. Pemohon boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di laman web HDC http://hdc.sarawak.gov.my atau menghubungi Ibu Pejabat HDC Kuching di talian 082-444381 atau 082-443681 untuk sebarang pertanyaan.

  3. Kalau boleh, semak semula harga rumah sebab bertahun-tahun kerja,Tidak dapat beli rumah kerana terlampau mahal.

  4. Saya nak sangat,,rumah bantuan SRAS,sbb belum memiliki rumah..hnya menywa bilik shaja

  5. Sya nak sngt dpt bantuan rumah SRAS

  6. Berminat, kerana tak ada rumah sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *