Suspek kes samun ditangkap kurang 48 jam

Spread the love

KUCHING, JULAI 19: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam beberapa siri kes samun di sini akhirnya telah ditangkap pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata suspek berusia 23 tahun itu ditangkap sekitar jam 10.30 malam Ahad di sebuah rumah di Taman Perumahan Lorong Menggris di sini selepas yang disyaki terlibat kes samun di Jalan Tupong Jumaat lepas.

Jelasnya, tangkapan itu susulan laporan yang dibuat mangsa, 59, yang kerugian sebanyak RM13,000. 

“Bertindak atas maklumat risikan yang diperolehi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching yang diketuai Inspektor Muhamad Rizal telah berjaya menjejaki dan membuat tangkapan ke atas seorang suspek utama yang terlibat dalam kejadian samun tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya, sebaik tangkapan berjaya dilakukan pada malam tadi, soal siasat telah membawa kepada rampasan barang-barang kes seperti pakaian suspek, telefon bimbit, wang tunai, topi keledar serta motosikal yang diguna semasa melakukan jenayah samun tersebut. 

Dedahnya lagi, semakan ke atas rekod jenayah juga mendapati suspek ini mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes tipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

“Suspek kini disiasat atas kesalahan samun tanpa senjata api di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” ujar Ahsmon. 

Dalam pada itu, beliau memberitahu, suspek turut direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. 

Kes masih dalam siasatan.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *