Pemancing dikhuatiri lemas di Sungai Cerul

Spread the love

KEMAMAN, 19 Julai — Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika memancing bersama tiga individu lain termasuk anak saudaranya di Sungai Cerul, Bandar Baru Cheneh, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohamad Hanif Che Khalid berkata mangsa, Muhamad Zulkefli Ismail, 34, dipercayai telah dibawa arus ketika turun ke dalam air untuk mengambil ikan yang tersangkut pada mata kail.

“Anak saudara (lelaki) mangsa berusia 14 tahun yang melihat kejadian tersebut cuba menyelamatkan Muhamad Zulkefli namun gagal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 7 malam semalam sebelum anggota bomba dari BBP Cheneh digerakkan ke lokasi dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Chukai.

“Bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa pada hari ini kita melakukan pencarian di permukaan air menggunakan bot pada radius sejauh kira-kira 700 meter dari tempat terakhir mangsa dilihat oleh saksi kejadian,” katanya

BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *