‘Riders’ Bertindak Pantas, Empat Sekeluarga Selamat

Spread the love

KUCHING, 18 JULAI: Tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan yang nekad terjun ke dalam sebuah parit besar berjaya menyelamatkan empat sekeluarga daripada mati lemas akibat kemalangan.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Camar, Petra Jaya sekitar jam 9:23 malam Sabtu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kereta yang membawa sepasang suami isteri bersama dua anak mereka terbabas selepas cuba mengelak daripada bertembung dengan sebuah kereta yang keluar secara tiba-tiba di persimpangan.

Berdasarkan laporan orang awam dan salah seorang penghantar makanan, lebih 12 orang termasuk ‘rider’ Grab terjun ke dalam parit sedalam tujuh kaki itu.

Tindakan tersebut mendapat perhatian Pengarah Bomba Negeri Sarawak, Khirudin Drahman dan beliau menzahirkan ucapan tahniah serta terima kasih kepada mereka kerana bertindak berani menyelamatkan nyawa orang lain.

Kesemua mangsa dilaporkan selamat namun mengalami trauma.

Mereka kemudiannya dihantar ke hospital dengan segera oleh unit EMRS.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *