KPDNHEP Sumbang 5 Unit Ventilator Untuk Hospital Kapit

Spread the love

KAPIT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyumbang lima unit ventilator kepada Hospital Kapit.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata sumbangan itu diharap dapat meningkatkan keupayaan Hospital Kapit untuk menangani pesakit yang mengalami masalah pernafasan yang teruk akibat jangkitan COVID-19.

Mesin bernilai RM125,000 itu disumbangkan menerusi peruntukan wakalah agihan zakat korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Sebelum ini di Kapit yang sedia ada hanya ada tiga buah mesin, jadi sukacitanya hari ini kita dapat menyerahkan lima unit mesin ini dimana ini adalah sumbangan daripada SSM.” katanya pada Program Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi kawasan Parlimen Kapit, pada Ahad.

Nanta berkata, SSM bertanggungjawab mengawal selia sektor korporat dan perniagaan di negara ini dan ketika berdepan cabaran covid-19, ssm memperkenalkan sebelas inisiatif pada tahun 2021 untuk membantu sektor perniagaan dan korporat yang menghadapi situasi mencabar ketika ini.

Sementara itu, mengenai program bantuan bakul makanan bagi parlimen kapit, beliau berkata ia adalah antara program pemulih yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya bagi kawasan parlimen Kapit, setiap dun menerima peruntukan RM100,000 dan ia akan memberi manfaat kepada 3,000 keluarga.

Tags: Kapit

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *