COVID: 10,710 Kes Baharu, Selangor Kekal Tertinggi Dengan 4,828 Kes

Spread the love

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di negara ini mencatatkan sedikit penurunan pada Ahad namun masih melepasi angka 10,000 dengan 10,710 kes dilaporkan berbanding 12,528 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini 916,561 kes.

Beliau berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,828 kes diikuti Kuala Lumpur (945); Johor (808); Negeri Sembilan (771); Kedah (696) dan Sabah (666).

Perak pula melaporkan 407 kes, diikuti Pahang (369), Pulau Pinang (295), Melaka (289), Sarawak (261), Kelantan (146), Terengganu (123); Putrajaya (51); Labuan (50) dan lima kes di Perlis.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *