33.39 Tan Bahan Kimia Tumpah

Spread the love

BETONG, 18 JULAI: Sebuah lori tangki yang membawa muatan bahan kimia jenis natrium hidroksida terlibat dalam satu kemalangan dan mengakibatkan berlaku tumpahan cecair berbahaya di KM 23 Jalan Skrang, Betong pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 8:58 pagi itu bagaimanapun tidak mengorbankan nyawa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden berkenaan.

Pemandu lori tangki tersebut telah diselamatkan terlebih dahulu.

Pasukan penyelamat mengenal pasti dan mengesahkan terdapat kebocoran pada penutup kedua bahagian atas tangki tersebut.

Selesai membuat takungan untuk membendung cecair berkenaan sekitar jam 4:46 petang, pasukan HAZMAT menyerahkan operasi kepada pasukan Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong untuk tindakan lanjut.

Ketua BBP Betong, Vincent Baling Yabi menjelaskan setelah mendapati keadaan selamat dan terkawal, kenderaan tersebut akan diserahkan semula kepada syarikat pemilik bagi tindakan lanjut.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *