Masuk Bintulu Tanpa Calitan 14 Hari Selepas Dos Kedua

Spread the love

BINTULU, 17 JULAI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu telah melonggarkan syarat kemasukan ke daerah tersebut.

Namun demikian, ia menetapkan tempoh dua minggu selepas menerima dos kedua vaksin sebagai syarat kemasukan tanpa perlu menjalani ujian calitan seperti sebelum ini.

Meskipun begitu, permit merentas daerah daripada polis masih diwajibkan.

JPBB Bintulu dalam kenyataannya turut memaklumkan, individu yang belum lengkap menerima kedua-dua dos vaksin atau belum mencukupi tempoh dua minggu selepas menerima dos kedua dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum memasuki Bintulu dan permit polis juga diperlukan.

Walaubagaimanapun orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan ke atas kelonggaran garis panduan itu terutamanya bagi aktiviti merentas daerah atau bahagian dengan menggunakan keistimewaan dos kedua vaksin memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dikuatkuasakan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *