14 Kru Vietnam Ditahan, Rompak Hasil Laut

Spread the love

MIRI, 17 JULAI: Sebuah bot nelayan Vietnam yang disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan negara telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sarawak.

Tangkapan dibuat pada jarak lebih kurang 36 batu nautika dari barat Tanjung Lobang, Miri sekitar jam 2:45 petang Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata tangkapan tersebut dilakukan susulan aduan yang diterima daripada komuniti nelayan tempatan mengenai pencerobohan nelayan asing.

“Semasa pemantauan dan rondaan Operasi Permai sekitar jam 1:45 petang kelmarin, Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu telah mengesan sebuah bot mencurigakan pada jarak 2.4 batu nautika yang berada di lokasi berkenaan,” dedah beliau.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut tidak memiliki sebarang dokumen serta lesen daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

14 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia antara 19 hingga 54 tahun turut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa.

“Bot dan kesemua kru diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Pulau Melayu, Miri untuk siasatan lanjut,” tambahnya.

Aantara yang dirampas adalah peralatan menangkap ikan, bekalan diesel lebih kurang 3,000 liter, hasil tangkapan sekitar 800 kilogram ikan campur serta bot yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *