Terowong dalam pembinaan dilanda banjir, 14 pekerja terperangkap

Spread the love

GUANGZHOU, 15 Julai — Lebih 1,000 anggota penyelamat dihantar ke lokasi kejadian selepas 14 pekerja terperangkap dalam kejadian banjir di sebuah terowong di Bandar Zhuhai di wilayah Guangdong, selatan China pada Khamis.

Tapak pembinaan terowong Shijingshan, sebahagian daripada projek lebuh raya Xingye dilanda banjir sekitar 3.30 pagi, kata biro pengurusan kecemasan tempatan.

Setakat  1 tengah hari, penyelamat masih gagal untuk mengesan pekerja yang terperangkap, lapor Xinhua.

Jabatan Pengurusan Kecemasan Wilayah Guangdong turut menghantar lapan pasukan penyelamat  ke lokasi kejadian untuk membantu pihak Zhuhai menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Setakat 11 ​​pagi, misi mencari dan menyelamat itu membabitkan lebih 1,000 penyelamat, 22 jentera bomba dan lima trak pam.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *