UK kekalkan pemakaian pelitup muka di tempat awam walau tidak diwajibkan

Spread the love

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) sarankan rakyatnya kekal memakai pelitup muka ketika mengunjungi kawasan awam biarpun ia tidak diwajibkan.

Ini termasuk jika mereka ke pusat membeli belah dan premis perniagaan lain.

Penjarakan sosial juga tidak menjadi satu keperluan dan masyarakat boleh mula bekerja di pejabat.

Kelonggaran itu sekali gus akan membolehkan syarikat-syarikat untuk menentukan polisi keselamatan bermula 19 Julai nanti apabila UK memasuki fasa pemulihan negara.

Namun kelonggaran itu juga banyak dikritik pekerja mahupun kesatuan sekerja dengan menyatakan ia akan merisikokan mereka dengan lonjakan kes jangkitan baharu.

Kelonggaran ini juga dilihat akan menyebabkan risiko lebih tinggi bagi pekerja yang kembali ke pejabat dan tempat kerja.

Dakwa kesatuan sekerja, segala kelonggaran dilaksanakan tanpa rundingan dengan pemegang taruh.

Ia akan menyebabkan segala keputusan diambil bercanggah dengan tuntutan mereka.

SUMBER : Awani

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *