Boleh makan di kedai mulai esok

Spread the love

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan ‘dine-in’ bermula esok.

Keputusan itu dibuat selepas JPBN Sarawak dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) fasa kedua kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

JPBN Sarawak bagaimanapun berkata, hanya operator makanan termasuk semua pekerja yang telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 dibenarkan bekerja dalam premis makanan yang ingin beroperasi secara ‘dine-in’.

“JPBN Sarawak ingin memberikan amaran tegas pada semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi agar sentiasa mematuhi SOP dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya tidak patuh.

“Operasi akan ditutup selama 14 hari jika berlaku penularan kes positif di premis. Kos-kos saringan dan sanitasi akan ditanggung oleh operator atau pemilik premis,” katanya.

SOP terperinci operasi premis makan dan sektor ekonomi peruncitan dapat dimuat turun melalui laman web rasmi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan di https://mlgh.sarawak.gov.my.

Sementara itu, Sarawak pada Khamis mencatatkan 363 kes baharu COVID-19 dengan empat kes kematian baharu dilaporkan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *